Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan tarikh 30 September depan sebagai hari keputusan bagi kes tuntutan hak penjagaan (hadanah) yang difailkan oleh pelakon Hafidz Roshdi terhadap dua anaknya, Humairah dan Umar.
Menurut peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader, pihaknya telah memanggil dua orang saksi dan sesi keterangan telah dijalankan dengan lancar. Tambahnya, ketiadaan bekas isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, pada prosiding hari ini turut dimaklumkan kepada mahkamah.
Alhamdulillah, tadi perbicaraan penuh untuk tuntutan hadanah penuh sudah selesai. Hafidz sudah bagi keterangan dengan dua saksi dan mahkamah berikan satu tarikh untuk masuk hujah bertulis dan keputusan.
Jadi, memang Shuhada tak datang dan tiada penjelasan atau apa-apa diberi melalui surat dan sebagainya… Tiada apa-apa.
Jadi, bererti dia memang tidak ambil peduli langsunglah. Saya pun mohon untuk kes diteruskan tanpa kehadiran dia dan mahkamah pun benarkan. Hafidz sudah bagi keterangan diikuti saksi pertama dan kedua. Kita panggil dua orang saksi.
Akberdin turut mendakwa bahawa Shuhada telah melanggar perintah mahkamah yang membenarkan Hafidz untuk berjumpa anak-anaknya, walaupun telah diberikan hak lawatan selepas keputusan interim hadanah pada 30 April lalu.
Sebelum ni, sejak 30 April, mahkamah memberi perintah interim hadanah kepada Syuhada dan memberi kepada Hafidz hak untuk melawat anak-anak.
Sewaktu cuti sekolah, hakim sudah bagi perintah yang spesifik bahawa Shuhada kena serahkan kepada dia masa cuti sekolah selepas itu, tapi itu pun tidak dipatuhi.
Jadi, perkara ini pun sudah dimaklumkan kepada mahkamah. Pendek kata, sejak Ogos 2023 sehingga hari ini, Hafidz atau keluarganya tidak pernah berjumpa dengan kedua-dua anak, Humairah dan Umar.
Dalam pada itu, Hafidz menyatakan harapan agar keputusan yang bakal diumumkan nanti berpihak kepadanya agar dia dapat bertemu kembali dengan anak-anaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.