Peguam Maklum Kamal Adli Masih Mahu Pertahankan Rumah Tangga Dengan Uqasha Senrose – “Dia Memang Ada Usaha”

Trending

Peguam Maklum Kamal Adli Masih Mahu Pertahankan Rumah Tangga Dengan Uqasha Senrose – “Dia Memang Ada Usaha”

Pelakon Kamal Adli dilaporkan masih mahu mempertahankan rumah tangganya bersama aktres Uqasha Senrose, meskipun pasangannya itu telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah baru-baru ini.

Menurut peguam yang mewakilinya, Abdul Hadi Mohamad Salleh, Kamal, 39, masih berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Advertisement

Setakat perbincangan kami, Kamal memang nak pertahankan perkahwinan.”

Saya yakin pihak Kamal ada usaha yang dilakukan, cuma tak pasti bagaimana berlaku kerana itu peribadi mereka.

Apa yang saya tahu, dia memang ada usaha.

Abdul Hadi turut memaklumkan bahawa Kamal berada dalam keadaan baik walaupun isu perceraiannya kini menjadi perhatian ramai selepas Uqasha hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi bagi prosiding pertama kes tersebut.

Menurut beliau, permohonan cerai yang difailkan oleh Uqasha menyebut alasan tiada persefahaman dan masalah berpanjangan, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai tempoh atau situasi mereka tinggal berasingan.

Mengulas mengenai hantaran Instagram Uqasha yang mendakwa terdapat kekeliruan tarikh sebenar pernikahan mereka, peguam Kamal enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti perkara tersebut.

Saya tak semak lagi hantaran yang dimuat naik Uqasha. Saya tak dapat komen apa-apa sebab tak tahu lagi mengenainya.

Terdahulu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh prosiding kedua bagi kes perceraian pasangan selebriti itu.

Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Rumah Tangga Didakwa Bergolak Sejak April 

Difahamkan, Kamal tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana terlibat dalam penggambaran.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.

Pasangan ini mula menjadi perhatian sejak April lalu selepas timbul spekulasi mendakwa rumah tangga mereka sedang bergolak, namun kedua-duanya ketika itu memilih untuk berdiam diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-22 16:01:43

"Tanpa Pengetahuan Aku, Allahuakbar.." — Uqasha Senrose Dedah 'Sesuatu' Di Sebalik Pernikahannya Dengan Kamal Adli?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...