Peguam Kongsi Cara Tuntut Hutang Kurang Dari RM 5,000 Secara Saman Mahkamah

Trending

Peguam Kongsi Cara Tuntut Hutang Kurang Dari RM 5,000 Secara Saman Mahkamah

Satu lagi kes yang selalu di tanya kepada saya adalah berkaitan tuntutan hutang yang jumlahnya kurang dari RM5000.00 Kebiasaannya hutang antara kawan-kawan dan saudara mara.
samankecil
Kebiasaannya juga tiada dokumen bertulis yang mengesahkan keberhutangan. Hanya ada bank-in slip saja.



Kekadang bagi tangan saja, tiada bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.

Advertisement

Ok, jika anda individu (syarikat lain), yang ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya:
1. pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.
2. cari kaunter pertanyaan mahkamah
3. kalau keranii tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu
4. selepas itu baru tanya dia “Cik Adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?”
5. selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu.
6. selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30
7. selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan
8. selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.
9. selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini:

“Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian haribulan. Hari ni, Defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendan”

10. Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.
11. lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DI BERIKAN!
12. kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia

SEKIAN TERIMA KASIH
?#?ilmuiniutkhatersjuga?

Sumber: Buzze Azam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. Si cantik matahari

    October 5, 2017 at 8:26 pm

    Terima kasih. Sgt membatu.esk saya nk cuba. Tapi kalau dia ingkar tu kes jd mcm mana ya. Adakah saya tipis utk dpt duit saya semula. Dan dia. Apa tindakan mahkamah terhadp dia ya.?

  2. Anonymous

    July 17, 2016 at 9:04 pm

    Tapi apa bukti defendan itu berhutang? Saksi mata? Bank in slip? Bukti tak kuat. Defendan pun boleh pusing ayat kalau setakat bawa bank in slip je. Lol.

  3. .......

    July 17, 2016 at 7:25 am

    bagus la tu ade membantu kadang ni kite dah tolong bile bayar liat,kite pinjam kn pikir2 juga bile nk bagi,tapi kalau tk bagi mcm2 ckp,tapi jangan bagi orang hisap dadah ,awak mesti tau kn die tk kn bagi balek duit tu sy pun pernah bagi 200 pinjam walau pun sikit tapi itu duit juga,sy pun baru tau bile dah bagi duit tu die tu hisap,mcm orang baik ckp elok rupe pun mcm slambe je,tapi jiran2 ckp die hisap dah minta juga duit tu alasn mcm2 lepas tu sy dah belajar sejak dari tu la