Peguam Fail Saman Berhubung Keputusan Agong Tolak Isytihar Darurat

Trending

Peguam Fail Saman Berhubung Keputusan Agong Tolak Isytihar Darurat

Seorang peguam bertindak memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak menuruti nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

Menurut laporan, saman itu difailkan oleh Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tentuan Kengadharan & Co, memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Malaysia sebagai defendan tunggal dalam tindakan undang-undang terbabit.

Advertisement

Kredit – Harian Metro

Sumber Harian Metro memaklumkan, Syed Iskandar khabarnya menuntut untuk menentukan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat meskipun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak ketinggalan menuntut untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Bagaimanapun, Plaintif difahamkan telah menuntut relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah tanpa sebarang perintah kos.

Untuk rekod, Al-Sultan Abdullah sebelum ini menegaskan kepada seluruh rakayat Malaysia bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan dalam menangani ancaman wabak COVID-19.

Hal ini demikian kerana, pada Ahad lalu juga, Baginda akui kerajaan kini dilihat berjaya menangani wabak berkenaan dengan penuh efektif.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...