Tular di media sosial mengenai pendedahan peguam terkenal, Dato Ahmad Zaharil yang tampil memberi penjelasan mengenai barisan peguam yang mewakili tertuduh bagi kes adik Zara Qairina.
Beliau yang sememangnya dikenali sebagai peguam yang sering ‘membela’ orang berkemampuan turut digesa untuk mewakili keluarga Zara.
Namun begitu, menurut Dato Zaharil, peguam atau pengamal undang-undang dari Semenanjung tidak dibenarkan mewakili sesiapa di Sabah dan Sarawak.
Pengamal undang-undang dari Sabah dan Sarawak boleh beramal di Semenanjung namun perkara sebaliknya tidak boleh terjadi kecuali dengan pengecualian.
Terdahulu, nama Datuk Ram Singh menjadi tumpuan gara-gara penglibatannya dalam kes tersebut dan mewakili tertuduh yang pertama.
Datuk Ram Singh yang berasal dari Sabah itu sememangnya dikenali kerana sering mengendalikan isu-isu dan kes yang berprofil tinggi di Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.