Peguam Cerai Wakili Uqasha Senrose Tarik Diri – “Kami Agak Terkejut Apabila..”

Hiburan

Peguam Cerai Wakili Uqasha Senrose Tarik Diri – “Kami Agak Terkejut Apabila..”

Prosiding perceraian pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa terpaksa ditangguhkan selepas peguam yang mewakili Uqasha dilaporkan menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.

Menurut peguam syarie Kamal, Abdul Hadi Mohammad Salleh, prosiding hari itu berlangsung secara sebelah pihak kerana tiada wakil baharu hadir bagi pihak Uqasha.

Advertisement

Kami agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa peguam yang sebelum ini mewakili Uqasha telah menarik diri. Sepatutnya ada peguam baharu yang menggantikan, namun tiada siapa yang hadir pada hari ini.

Mahkamah turut memberikan amaran serta peluang terakhir kepada Uqasha untuk hadir bersama peguam baharu pada prosiding seterusnya bagi menentukan sama ada kes ini akan diteruskan atau sebaliknya.

“Hakim memberi peringatan agar Uqasha hadir semula dengan peguam bagi menentukan sama ada kes ini akan diteruskan atau sebaliknya,” tambahnya.

Tarikh baharu sebutan semula kes ditetapkan pada 19 November depan.

Difahamkan, permohonan perceraian itu difailkan di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 atas alasan tiada persefahaman antara pasangan suami isteri.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu, manakala sebutan pertama kes berlangsung pada 22 Oktober sebelum disambung semula pada Selasa.

Pasangan yang popular menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad itu berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Amira othman dan fattah amin
2025-10-27 16:01:33

"Kami Tak Buat Jahat & Dengki Dengan Sesiapa.." - Amira Othman Hanya Ingin Hidup Bahagia Bersama Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...