Peguam Bertahan 8 Jam Jadi Saksi Bedah Siasat Zara Qairina – “Gemuruh, Saya Ke Tandas Pun Tidak..”

Trending

Peguam Bertahan 8 Jam Jadi Saksi Bedah Siasat Zara Qairina – “Gemuruh, Saya Ke Tandas Pun Tidak..”

Selama lapan jam berada di bilik bedah siasat, peguam Shahlan Jufri menyaksikan secara langsung kerja teliti pasukan pakar forensik dalam usaha merungkai punca kematian Zara Qairina Mahathir, 13, di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini pada Ahad.

Shahlan, yang merupakan salah seorang peguam mewakili Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Allahyarham, menjadi satu-satunya wakil keluarga yang hadir menyaksikan prosedur dikendalikan empat doktor pakar forensik.

Advertisement

Peguam keluarga zara kongsi pengalaman jadi saksi bedah siasat

Memetik laporan Sinar Harian, ketika diminta berkongsi pengalaman pertamanya berada di bilik bedah siasat atas permintaan ahli keluarga, beliau mengakui segalanya masih segar dalam ingatan.

Ini memang kali pertama saya berada di bilik bedah, selalunya lihat gambar sahaja. Kalau saya mahu terangkan satu persatu bagaimana proses bedah siasat itu, saya boleh terangkan sekarang sebab masih lagi segar (dalam ingatan) dan doktor ada sebut tadi, dia terkejut sebab selama ini, inilah peguam yang boleh tahan di dalam (bilik bedah siasat).

Saya masih tahu keadaan arwah bagaimana, pisau apa yang digunakan, mangkuk apa yang digunakan, macam-macam. Pada awalnya gemuruh, lepas itu rasa kasihan sebab terpaksa gali balik dan buat bedah siasat bukan suatu perkara yang mudah, dan ketiga insaflah.

Walaupun berada di situ berjam-jam lamanya, beliau hanya keluar dua kali sekejap untuk menghirup udara segar di bilik kaca.

@suaramadani_official

Perkembangan Terkini Proses Bedah Siasat Zara Qairina #Justice4Zara #suaramadani #fyp??viral #fyp?? #fypage

? bunyi asal – Suara Madani – Suara Madani

Tiada (tidak keluar ke tandas), saya ada dua kali pergi ke bilik kaca, saya mahu ambil udara segar kemudian saya masuk sekejap namun tidak sampai lima minit, doktor panggil. Jadi saya masuk semula ke bilik bedah, pakai pelitup mulut dan sebagainya.

“Kali kedua mahu ambil udara segar, masuk tidak sampai lima minit kena panggil balik. Akhirnya, saya cakap memang kena tunggu dalam, tidak boleh di luar, tidak boleh di bilik kaca,” jelasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dr afif petik nama che ta
2025-08-10 15:43:03

"Dia Cukup Lantang.." - Nama Rozita Che Wan 'Dipetik' Doktor Perubatan Berhubung Kes Adik Zara Qairina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...