Peguam kepada lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ iaitu Datuk Ahmad Zaharil mengesahkan bahawapihaknya sudah memfailkan saman terhadap dua selebriti wanita yang didakwa menimbulkan fitnah terhadap pemuda itu.
Bagaimanapun kata Zahiril saman tersebut difailkan oleh peguam lain yang merupakan anak didiknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu lalu.
Kami sudah failkan saman (terhadap dua selebriti) manakala untuk netizen belum lagi. Bukan saya yang failkan tetapi peguam lain iaitu anak didik saya. Saman itu kepada dua selebriti wanita.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi bahawa ‘Abang Bas’ kini sudah memulakan kerja baru dan menjalani kehidupan yang ‘low profile’.
Sebelum ini, Zahiril pernah memberi peringatan dan berkata bahawa pihak terlibat masih diberikan peluang untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga Abang Bas.
“Yang dua orang selebriti tu kita tengok jelah… bukan nak cakap apalah, yang kita nampak hukum karma,” katanya.
@mstarmalaysia Bukan lagi gertak, peguam ‘Abang Bas’ sudah fail saman terhadap 2 selebriti wanita #beritatiktok #mstar #abangbas ♬ original sound – mStar Official
Terdahulu, pemandu bas sekolah itu telah didakwa di Mahkamah Muar pada September atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 sementara kes itu disebut semula.