Satu pencapaian yang sangat membanggakan dan mengharumkan nama negara apabila pegawai wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi penghormatan menjadi salah seorang speaker program ‘Defence Leaders Forum’ di Warsaw, Poland.
Menerusi Facebook, Kementerian Pertahanan membuat hantaran tentang perkara itu di mana Leftenan Kolonel Ts Dr. Maimunah Omar merupakan antara 84 speaker dari seluruh dunia yang terdiri daripada Pegawai Kanan Tentera, SME dan Pemain Industri Pertahanan yang diundang khas di program tersebut.
Maimunah dari Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) menjadi pegawai wanita tunggal dari benua Asia dan wakil tunggal dari ASEAN diberi kepercayaan berada di pentas antarabangsa.
Beliau yang merupakan pegawai wanita tunggal dari Asia dan wakil tunggal benua ASEAN itu berdiri bersama barisan speaker hebat dari Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), British Army, Kanada dan Amerika Syarikat.
Acara berkenaan telah berlangsung pada 25 hingga 27 Mac yang lalu dan perkongsian disampaikan oleh beliau bertajuk ‘Military and HADR Logistics in ASEAN: Challenges and Opportunities’.
Perkongsian tersebut memfokuskan tentang mekanisme pengendalian bencana oleh ASEAN menerusi pelbagai platform dan saluran serta peranan tentera menjadi penggerak utama di dalam pengendalian dan pengurusan bencana di majoriti negara ASEAN.
pegawa
Beliau juga berkongsi tentang kerjasama dan kesepakatan ASEAN serta cabaran yang ditangani bersama selain turut memaklumkan kolaborasi bersama EU menerusi Enhancing Security Cooperation in and with Asia (ESIWA), German Armed Forces dan MiDAS.
Pemilihan Maimunah oleh pihak penganjur adalah susulan daripada penglibatan cemerlang beliau sebagai salah seorang speaker semasa seminar dan bengkel ‘Five Power Defence Arrangement (FPDA) – Logistic Group’ dan ‘FPDA Working Group’ yang diadakan tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.