Pegawai SPRM Dera Isteri Dihadapkan Ke Mahkamah, Berang Pasportnya Ditahan

Trending

Pegawai SPRM Dera Isteri Dihadapkan Ke Mahkamah, Berang Pasportnya Ditahan

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mendera isterinya pada September lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini di atas pertuduhan mengugut birasnya dengan sebilah parang panjang, September lalu, lapor Harian Metro.

Advertisement

Tertuduh, Muhammad Nazrin Abdullah, 37, sebaliknya mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Nazrin didakwa melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah parang panjang kepada birasnya, Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah beralamat Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir, jam 7.10 pagi, 21 September.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Nazrin juga dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan. Bagaimanapun, pasport antarabangsanya ditahan dan Majistret menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh juga diperintahkan untuk melapor diri dua minggu sekali di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Segamat dan tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh selepas itu secara tiba-tiba bertindak agresif, menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat di kandang tertuduh sebaik majistret selesai memberi perintah jaminan terhadapnya.

Tertuduh tidak berpuas hati dengan perintah jaminan yang menahan pasport antarabangsanya dan mendakwa keputusan itu tidak adil kerana tertuduh bercadang mahu mengerjakan umrah pada 13 November ini.

“Aku nak pergi umrah la!” jerit tertuduh berkali-kali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...