Pegawai Rakam Bawah Skirt Wanita Dipecat Serta Merta

Trending

Pegawai Rakam Bawah Skirt Wanita Dipecat Serta Merta

Selepas beberapa jam kantoi merakam video dari bawah skirt seorang wanita, Pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dipecat serta merta.

Dalam kenyataan di Facebook, Azis mengesahkan bahawa lelaki yang dilihat dalam rakaman video litar tertutup (CCTV) yang kini tular di media sosial itu adalah pegawainya. Dan dia memandang serius tindakan individu itu dan menjelaskan bahawa ia dilakukan tanpa disedarinya.

Advertisement

“Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.”

Azis menegaskan yang tindakan memecat pegawai itu serta merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibilitinya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.

“Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya.”

Dalam kejadian tersebut, seorang staf wanita kedai cermin mata membuat laporan polis terhadap lelaki yang mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang didakwa merakam dari bawah skirt wanita berkenaan.

Dalam sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 8 September 2018 di sebuah kedai cermin mata, seorang wanita dilihat sedang memeriksa mata Azis Jamman dengan seorang lelaki lain duduk di belakang wanita itu.

Lelaki itu dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan. Sekarang, lelaki itu telah ditahan dan berada dibawah sisatan polis. Pihak polis juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Sumber: Malaysia Kini

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...