Salah seorang daripada empat pegawai polis yang dituduh atas pembunuhan George Floyd mengaku tidak bersalah di atas semua tuduhan menurut dokumen mahkamah. J Alexander Keung mengatakan dia hanya bertindak membela diri dengan kekuatan yang dibenarkan.
Sebelum ini hakim telah menetapkan $1.25 juta ikat jamin kepada pegawai Derek Chauvin. Bekas pegawai polis itu juga turut diminta untuk menyerahkan senjata api miliknya dan tidak dibenarkan lagi untuk bekerja di dalam penguatkuasaan undang-undang.
Ia berlaku hanya beberapa jam setelah hakim di Minneapolis memberi amaran bahawa dia mungkin akan memindahkan proses keempat-empat bekas polis itu ke tempat lain untuk kes yang menarik perhatian seluruh dunia ini.
Dalam pendengaran singkat di Mahkamah Daerah Hannepin Couny pada hari Isnin lalu, Hakim Peter Cahill mengatakan bahawa dia bimbang bahawa publisiti sebelum perbicaraan dapat membahayakan peluang perbicaraan yang adil.
Keung, 26, didakwa bersama Derek Chauvin, 44, Tou Thao, 34, dan Thomas Lane, 37. Chauvin menghadapi tiga tuduhan iaitu pembunuhan darjah kedua, pembunuhan darjah ketiga dan pembunuhan orang awam darjah kedua.
Sementara itu, tiga pegawai lain termasuk J Alexander Keung dituduh membantu dan bersubahat membunuh. Keempat-empat pegawai polis yang dituduh telah menahan Floyd di Minneapolis pada 25 Mei ketika Chauvin meletakkan lututnya ke leher Floyd selama hampir sembilan minit.
Floyd kemudiannya dinyatakan meninggal dunia di sebuah hospital. Video insiden itu yang dirakamkan oleh orang awam kemudian mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh Amerika Syarikat dan di seluruh dunia terhadap ketidakadilan kaum dan menuntut pembaharuan polis.
Minggu lalu, polis berpangkat paling kanan di Minneapolis mengatakan kematian George Floyd adalah “pembunuhan” dan bahawa penangkapan bekas pegawai Derek Chauvin akan menyedarkan orang ramai bahaya tindakannya semasa kejadian tragis itu.