Pegawai Majlis Perbandaran Segamat Menyamar Jual Makanan Tangkap Orang Tak Puasa!

Trending

Pegawai Majlis Perbandaran Segamat Menyamar Jual Makanan Tangkap Orang Tak Puasa!

Hari ini dengan mudahnya kita dapat melihat umat Islam mempersendakan kewajipan berpuasa. Ramai orang yang mengaku Islam tetapi makan dan minum secara terbuka dan terang-terangan di bulan Ramadhan tanpa rasa malu atau takut.

Umat Islam yang ditangkap tidak berpuasa boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan mengikut undang-undang Syariah.

Advertisement

Bagi mengawal umat Islam yang makan secara terbuka pada bulan puasa, Pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah menyamar sebagai pengendali gerai makanan, tukang masak dan pelayan dalam usaha menangkap orang Islam.

Mohd Masni Wakiman memberitahu mereka bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Segamat untuk menjejaki orang-orang Islam yang tidak berpuasa terutama gerai-gerai di bawah pengawasan MPS.

Mohd Masni berkata terdapat 185 gerai berlesen dan kedai makanan di bawah MPS di 15 lokasi. Ini termasuk di  Segamat, Bandar Putra IOI, Segamat Baru, Jalan Segamat Muar, Taman Yayasan, Buloh Kasap, Jementah, Batu Anam dan Bandar Utama.

Beliau berkata, MPS mempunyai 32 orang pegawai penguatkuasa, termasuk dua pegawai yang pandai membuat roti canai, teh dan mee goreng mamak  menyamar sebagai tukang masak dan pelayan untuk menangkap orang Islam yang makan di gerai makanan 185.

Kami memilih pegawai penguatkuasa yang berkulit gelap untuk menyamar.

Mereka jika bercakap akan menyakinkan pembeli iaitu dalam bahasa Indonesia dan bahasa Pakistan. Ini akan cukup menyakinkan pelanggan untuk percaya bahawa mereka adalah orang yang berkerja untuk memasak, menghidangkan makanan dan mengambil pesanan.

Menurut Mohd Masni, sebaik sahaja arahan diberikan pegawai penguatkuasa akan mengambil gambar orang yang sedang menikmati makanan.

Pada waktu itulah, Majlis Agama Islam Segamat akan bertindak sewajarnya keatas mereka yang tidak berpuasa.

MPS tidak mahu dilihat sebagai tidak berusaha untuk menangani masalah umat Islam yang makan secara terbuka semasa Ramadan.

Ia bukan hanya tidak menghormati Islam, tetapi cerminan teruk pada MPS kerana tindakan tersebut berlaku di gerai yang menjadi pengawasannya.

Sementara itu, kadi di Segamat, Baharin Jalal memberitahu bahawa beliau menghargai usaha yang ditunjukkan oleh agensi lain dalam menjaga imej umat Islam.

Saya juga menasihati penjual makanan agar tidak membenarkan orang Islam makan di gerai mereka pada bulan puasa ini.

Tindakan sebilangan kecil umat Islam ini memalukan dan memberi gambaran yang salah kepada Islam di mata orang beragama lain.

Umat Islam dibenarkan untuk tidak berpuasa jika mereka tidak mampu untuk lakukan. Ini boleh dilakukan ketika mereka sedang musafir ataupun sedang sakit. Tetapi selepas itu mereka perlu mengantikan semula puasa itu selepas ini.

Di bawah Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 1997, mereka yang menjual makanan kepada orang Islam atau orang Islam yang melangkau dari puasa boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000, dipenjarakan tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama.

 

Sumber: New Straits Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...