Seorang Pegawai Kadet dari Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) mencipta sejarah membanggakan apabila berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang di sebuah kolej tentera terkemuka di United Kingdom.
Pegawai Kadet Muhammad Izzat Haziq Mohd Kamal, yang mengikuti kursus latihan di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), telah menamatkan pengajiannya dengan prestasi membanggakan, mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Menurut hantaran Facebook TUDM, sepanjang latihan, Pegawai Kadet Muhammad As’ad mengikuti modul intensif meliputi ketahanan mental, fizikal dan kepimpinan sebagai persediaan menghadapi cabaran ketenteraan.
Beliau merupakan antara segelintir pegawai kadet luar negara yang terpilih mengikuti latihan intensif dan berprestij di RMAS, yang terkenal dengan tahap disiplin serta kualiti latihan ketenteraan bertaraf dunia.
Latihan tersebut bukan sahaja menuntut ketahanan fizikal dan mental, malah menguji kepimpinan, integriti dan semangat berpasukan.
Kejayaan Pegawai Kadet Muhammad Izzat Haziq disambut dengan penuh kebanggaan oleh pihak UPNM serta Kementerian Pertahanan Malaysia yang menganggap pencapaiannya sebagai bukti keupayaan dan daya saing pegawai muda negara di pentas antarabangsa.
Kejayaan ini turut dilihat sebagai dorongan kepada generasi muda dalam angkatan tentera untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan mengharumkan nama negara di arena global.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.