Pegawai JIM Pukul Warga Asing Kerana Tiada Permit Kerja Sah – Pengerusi MyWatch

Trending

Pegawai JIM Pukul Warga Asing Kerana Tiada Permit Kerja Sah – Pengerusi MyWatch

Sebelum ini tersebar sekurang-kurangnya tiga video menunjukkan seorang wanita dipercayai pegawai imigresen memukul seorang warga asing ketika satu serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Wanita itu yang berbadan kurus dilihat membelasah warga asing itu walaupun warga asing itu tidak melawan.

Video itu dipercayai pertama kali dimuat naik oleh pengerusi badan bukan kerajaan (BBK) badan pemantau jenayah MyWatch, R Sanjeevan di laman Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.

Advertisement

Menerusi video pertama, pegawai wanita itu dilihat menyoal siasat warga asing berkenaan sebelum tiba-tiba memukul mangsa.

Dalam rakam kedua dan ketiga pula, wanita itu menyerang mangsa dengan lebih ganas termasuk menendang di bahagian kelangkangnya dan membelasah mangsa bertubi-tubi seperti aksi bertinju.

Perbuatan itu bagaimanapun hanya dibiarkan oleh beberapa anggota lelaki yang berada di situ.

Berikutan, ramai pengguna internet mengecam perbuatan pegawai wanita itu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.

Pengerusi MyWatch, BBK yang mendedahkan video ini telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung apa yang berlaku dari perspektif mangsa.

mywatch

Setakat ini, pihak JIM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Lihat bahagian kedua dan ketiga video tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.