Pegawai Di China Bertindak Memukul Anjing Yang Berkeliaran Sehingga Mati Kerana Bimbang Penyebaran Wabak Wuhan

Trending

Pegawai Di China Bertindak Memukul Anjing Yang Berkeliaran Sehingga Mati Kerana Bimbang Penyebaran Wabak Wuhan

Tindakan kejam yang dilakukan oleh sekumpulan pegawai komuniti di China telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Dalam masa dunia sedang menangani penularan wabak coronavirus dari Wuhan, kumpulan ini bertindak memukul anjing-anjing yang berkeliaran di taman perumahan itu sehingga mati.

Di dalam video yang dikongsikan ini, seorang pekerja bertindak memukul anjing tersebut tanpa henti menggunakan sebatang kayu. Kejadian ini berlaku di kediaman Nanchong yang terletak di wilayah Sichuan. Menurut badan NGO Nanchong Stray Animal Rescue, sebanyak dua ekor anjing jalanan dijumpai mati akibat perbuatan kejam itu.

Advertisement

Penduduk di kompleks Guibi Garden dimaklumkan oleh pegawai komuniti untuk tidak membenarkan anjing peliharaan mereka berada di luar. Sekiranya ada anjing yang dijumpai berkeliaran, mereka akan segera memukulnya sehingga mati.

“Selagi kami nampak ada mana-mana anjing di kompleks, tak kira lah sama ada bersama tuannya atau tidak, kami akan terus memukulnya sampai mati.”

wuhan

Beberapa pegawai turut dilihat mengangkat bangkai anjing yang telah mati untuk dibuang ke tempat lain. Tindakan pegawai komuniti ini turut dikecam penduduk tempatan kerana sepatutnya pengurusan memeriksa kawasan kejiranan dan bukannya membunuh haiwan yang tidak bersalah.

Walaupun telah dihalang, pegawai komuniti itu tetap memukul anjing-anjing di situ tanpa sebarang notis. Pegawai daripada komuniti Nanhu kemudian menidakkan dakwaan itu dan berkata anjing-anjing tersebut menganggu penduduk setempat dan terpaksa ‘dimatikan’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...