Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri berkongsi pengalamannya terlibat dalam operasi mencari mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Kata Alimaddia Bukri, detik ketika dia turun ke bawah tanah melalui lubang itu memang memberikannya rasa takut namun perlu melawan perasaan itu kerana sudah menjadi tugasnya.
Masa turun ke bawah lubang… memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya.
Alimaddia berkata cuaca hujan turut menjadikan situasi itu berisiko buat pasukan penyelamat dalam operasi tersebut.
Di lubang itu ada saliran kumbahan dan saliran lain, memang dalam (lubang) itu… Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua.
Ujarnya, pihak bomba sudah berbincang dan mendapatkan nasihat pakar yang berkaitan sebelum apa-apa keputusan dibuat dalam operasi terbabit.
@utusantvofficial 24 OGOS 24: Visual dikongsi alimaddia, cabaran pasukan Bomba yang menjalankan operasi mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India, KL. #masjidindia #tanahmendap #tanahjerlus #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ Very Sad – Enchan
Selain perlu menyelam dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) dan akses kecil turut menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa.
Kami akan buat apa sahaja, sedaya upaya kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan atau malapetaka, setiap kami mempunyai jiwa penyelamat yang sangat tinggi.
Kepada keluarga mangsa, usah khuatir… kami akan cari mangsa seperti kami mencari dan menyelamat keluarga kami yang berada dalam kesusahan.