Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pegang Watak Wanita Kuat Agama, Azira Shafinaz Akui Gigih Belajar Hukum Bacaan Al-Quran

Mendedahkan watak yang dipegang dalam telefilem Penunggang Agama lakonannya sangat mencabar, pelakon dan ahli kumpulan Defam, Azira Shafinaz akui dirinya banyak belajar tentang hukum  tajwid dalam bacaan Al-Quran.

Advertisement

Katanya lagi, beliau memegang watak sebagai seorang wanita yang kuat pegangan agama dan melibatkan babak membaca dan mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran.

“Bagi saya, watak dalam telefilem ini sangat mencabar kerana saya perlu betul-betul belajar mengenai karakter seorang wanita yang kuat agama. Terdapat babak di mana saya perlu mengajar budak-budak membaca Al-Quran, jadi, saya perlu tahu membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul. Ia memang mencabar, apa yang pasti, jalan ceritanya sangat menarik, jelas dan mudah difahami.”

Ujar Azira, banyak yang dipelajarinya termasuklah perlu menghafal beberapa surah dan merujuk kepada individu yang mahir dalam hukum bacaan Al-Quran yang betul ketika di set penggambaran.

“Saya diberi beberapa surah untuk dihafal sendiri, dalam proses menghafal itu, saya banyak bertanya kepada yang mahir membaca Al-Quran kerana saya bukanlah hebat mengetahui hukum-hukum tajwid dan sebagainya. Di set penggambaran kami memang ada yang tahu hukum bacaan Al-Quran, jadi saya banyak merujuk kepadanya.”

Advertisement

Selain Azira, telefilem ini turut menampilkan Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan dan Johan Asari.

Untuk rekod, Azira memegang watak sebagai Anna yang berdepan dugaan getir apabila wujud anggota keluarganya mengalami gangguan makhlus halus.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Kepoci

    November 20, 2020 at 7:12 am

    Aku harap Lepas dia mendalami agama .dia berubah tutup aurat

  2. Yolo

    November 19, 2020 at 1:17 pm

    Lel semata nk belakon saja

Leave a Reply to Yolo Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top