Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pegang Topeng Muka Tanpa Perlindungan, Aliff Syukri Dihentam Netizen

aliff syukri jual topeng muka

Dek kerana wabak COVID-19 yang menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia, habis semua item perlindungan licin disapu. Antara barangan tersebut yang kini menjadi rebutan ramai ialah cecair pembasmi kuman dan juga topeng muka.

Disebabkan itu, ramai artis tanah air yang mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk mereka berdasarkan kepada keperluan itu. Hal ini untuk membantu rakyat Malaysia yang sukar untuk mendapatkannya kerana stok yang sentiasa terhad.

Advertisement

aliff syukri jual topeng muka

Terbaru, Dato’ Aliff Syukri juga turut ikut serta dengan ‘trend’ bisnes ini dan mula menjual topeng muka buat yang memerlukannya. Pun begitu, niat baik lelaki itu menerima kecaman ramai kerana kejahilannya dalam menguruskan barangan penting tersebut.

Bayangkan usahawan ini memegang topeng muka itu secara terus menggunakan tangannya tanpa sebarang pelindungan, lantas secara tidak langsung memindahkan kuman daripada kulitnya kepada topeng muka yang baru itu tanpa disedari.

Bahkan mereka juga menegur Aliff Syukri yang sewenangnya menempatkan lambakan topeng muka itu di sekitar kakinya selain tidak menunjukkan etika yang betul dalam pemakaian item perlindungan itu.

Netizen tanpa lengah terus menyerbu lelaki itu dan mengkritiknya kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menguruskan perniagaan berkaitan dengan barangan sensitif itu dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.aliff syukri jual topeng muka aliff syukri jual topeng muka

Nampaknya, bertimpa-timpa kontroversi yang terpaksa dihadapi oleh Dato’ Aliff Syukri sepanjang minggu ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    April 17, 2020 at 12:13 pm

    DALAM NEGARA MALAYSIA…MANUSIA INI DAH TAK WARAS SUDAH

  2. Mikail

    April 17, 2020 at 10:20 am

    Screwed up guy with abnormal instincts n drive hence the undesirable outcomes

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama