Jika sebelum ini Bunga Citra Lestari dihimpit kontroversi kerana berbikini seksi sewaktu bercuti kini penyanyi popular Indonesia itu didakwa tidak berpuasa di bulan Ramadhan, apabila beliau memuat naik sebuah foto di Instagram beberapa hari lalu sambil memegang botol minuman di siang hari.
Bunga  memegang botol tersebut di hadapan sebuah vending machine ketika bercuti di Tokyo, Jepun bersama suami Ashraf Sinclair dan anak mereka Noah.
Ramai pengikut beliau memberikan komen yang agak negatif dan mendakwa Bunga Citra Lestari tidak berpuasa dan ada yang menganggap Bunga hanya membeli air itu untuk anaknya atau mungkin beliau tidak puasa kerana datang bulan.
Maaf kami katakan tetapi tidak semua selebriti beragama Islam di Indonesia mengamalkan ajaran Islam yang betul, ada yang sanggup murtad dan sebagainya. Namun, kami tidak menuduh Bunga Citra Lestari tetapi sebagai artis anda haruslah berfikir logik untuk tidak memuat naik foto sebegitu yang boleh mengundang prasangka lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.