Pelakon Serene clair mendedahkan bahawa dia berasa trauma selama beberapa bulan kerana menjadi mangsa gangguan seksual seorang Youtuber terkenal.
Cerita Serene kepada Utusan, pempengaruh media sosial yang namanya dirahsiakan itu ada mengambil swafoto bersamanya sebelum bertindak menyentuh di bahagian dadanya.
Gara-gara perbuatan itu, Serena tampil berkongsi pengalaman buruknya di media sosial namun ada pihak yang mempertikaikan kesahihan cerita itu.
Saya akui trauma sehingga terpaksa berdiam diri dalam masa beberapa bulan. Media mencari saya tetapi saya pilih untuk berdiam diri kerana bimbang pelaku menyerang saya dan keluarga.
Dalam pada masa yang sama, ada produk batalkan kerjasama kami. Mereka anggap perkongsian saya itu sebagai reputasi buruk.
Pemenang tempat kedua Miss Universe 2020 itu turut dituduh sengaja mencari publisiti murahan gara-gara episod hitam itu.
Ada pihak yang menuduh saya sengaja memuat naik luahan dalam laman sosial kerana inginkan perhatian.
Ketika itu saya buntu dan jujur saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tujuan saya buat demikian supaya wanita lain berhati-hati malah dalam hantaran itu saya tidak sebut pun nama sesiapa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.