Sedia maklum, baru-baru ini Khairul Aming telah memecahkan rekodnya berniaga selama tiga tahun selepas sebanyak 13,000 botol Sambal Nyet berjaya dijual habis dalam masa 2 minit.
Hal itu sememangnya meraih perhatian ramai dan ia terbukti bahawa jualan sambal Khairul Aming sememangnya mempunyai peminat tersendiri.
Biarpun menerima pujian, ada juga beberapa individu meluahkan pandangan mereka bahawa sambal Khairul Aming itu tidak terlalu sedap.
Perkongsiaan tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada para netizen dan ramai juga yang mempunyai pandangan sama dengan individu tersebut.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang tampil back-up sambal tersebut dengan menyatakan ia sememangnya sedap dan memenuhi citarasa mereka.
Bahkan, ramai menggunakan Sambal Nyet itu sebagai bahan rencah untuk membuat nasi goreng.