Pedas Dan Mengiurkan, Ini Cara Penyediaan Siakap Sambal Kicap Ala Thai

Makanan

Pedas Dan Mengiurkan, Ini Cara Penyediaan Siakap Sambal Kicap Ala Thai

Tidak dinafikan, pastinya ramai yang menggemari menu yang dimasak menggunakan hidupan laut atau seafood. Boleh dikatakan, masakan menggunakan hidupan laut ini seperti ikan siakap tiga rasa dan sotong goreng tepung merupakan antara menu yang sering dipesan oleh pelanggan jika menjamu selera di restoran.

Seperti yang kita tahu, menu berkaitan makanan laut yang selalu menjadi pilihan orang ramai terutamanya apabila berada di restoran ialah ikan siakap. Tidak kisahlah sama ada ia dimasak steam lemon, tiga rasa, bakar, disimbah dengan sambal kicap dan bermacam-macam lagi.

Advertisement

3 years ago

Pengaruh K-Drama, Ini Resepi 'Dalgona Candy' Yang Ramai Cari

Namun, tidak semua orang mampu pergi ke restoran semata-mata hanya ingin mencuba dan merasai masakan tersebut kerana harganya sedikit mahal. Lazimnya, warga marhaen akan pergi ke restoran secara berkala.

Tetapi jangan khuatir kerana korang masih boleh merasainya dirumah dengan memasak sendiri menu tersebut. Lebih-lebih lagi sekarang ini, resepi sesuatu menu itu sudah tersedia dan hanya perlu klik di hujung jari untuk mengetahui.

Resipi dan cara penyediaan Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Liza Idris yang berkongsi resepi mudah dan cara memasak menu ikan siakap sambal kicap pedas ala Thai.

Nak tahu macam mana cara-cara untuk menyediakan menu ini? Berikut merupakan bahan-bahan dan cara penyediaan menu ikan siakap sambal kicap pedas ala Thai mengikut resipi Liza Idris.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan siakap
  • Kunyit
  • Tepung jagung
  • Garam
  • 1 biji bawang besar
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 3-5 biji cili api (Mengikut citarasa masing-masing)
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu cuka
  • 5 sudu kicap biasa
  • 1 sudu Maggi cukup rasa
  • Sedikit sayur kubis dan lobak merah
  • Daun sup dan daun ketumbar
Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

Cara-cara penyediaan

1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang kemudian bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

2. Panaskan minyak kemudian goreng ikan yang sudah siap dibedak. Angkat ikan selepas selesai digoreng dan ketepikan dahulu.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

3. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili api.

4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar. (Kalau nak pakai minyak goreng ikan sebentar tadi pun boleh juga)

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

5. Masukkan 2 sudu cili kisar kemudian gaul dan biar sehingga pecah minyak.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

6. Masukkan 5 sudu besar kicap. (Kalau nak lebihkan sikit pun boleh, terpulang dengan citarasa masing-masing)

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

7. Letakkan 2 sudu besar cuka dan gaul hingga sebati.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

8. Tuangkan secawan air dan gaul lagi.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

9. Masukkan kubis dan lobak merah kemudian gaul lagi sehingga sayur agak lembut sikit.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

10. Masukkan secubit Maggi cukup rasa sekadar untuk tambah perasa.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

11. Taburkan daun bawang dan daun ketumbar kemudian gaul lagi.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

12. Tuangkan kuah yang sudah siap dimasak ke atas ikan yang digoreng sebentar tadi.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

13. Taburkan sedikit daun bawang dan daun ketumbar sebagai penyeri kepada masakan.

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

Macam mana? Senang saja kan! Korang boleh lah cuba resepi ini dan hidangkan untuk dijamu bersama keluarga tersayang. Resepi Liza Idris ini menerima pelbagai reaksi dan rata-rata netizen amat menyukai menu ini. Selamat Mencuba!

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...