Puan Tuty memulakan kerjaya beliau sebagai pemandu teksi sebelum menyertai Prasarana. Ibu kepada dua cahaya mata ini bekerja syif siang dan malam.
Sesuatu yang agak mencabar, namun Puan Tuty bertuah kerana suami dan anak-anak amat memahami kehendak tugas beliau.
Sektor pengangkutan awam secara tradisinya didominasi oleh golongan lelaki, namun Prasarana sangat komited untuk memastikan penglibatan wanita yang menyeluruh dalam organisasi.
Memetik kenyataan Azmi Abdul Aziz, Prasarana CEO di laman facebooknya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Puan Tuty atas khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Beliau kini berkhidmat di laluan BRT Sunway Line.
“Thank you for being a role model for young girls out there who want to build a career in the public transportation industry.”, ujar Azmi Abdul Aziz lagi.
Sumber : Azmi Abdul Aziz