Baru-baru ini pertandingan makan lempeng (pancake) dunia telah diadakan di Chico, California. Peraturan bagi perlawanan ini sangat la mudah iaitu makan la sebanyak mana lempeng yang boleh di makan dalam masa 8 minit yang diberi.
Pertandingan ini telah dimenangi oleh seorang pemuda bernama Matt Stonie. Pemuda ini yang diberi gelaran “Megatoad” ini memang terkenal di Amerika Syarikat kerana telah beberapa kali memenangi pertandinngan sebegini. Jom tengok berapa keping lempeng yang berjaya di makan ketika pertandingan ini.
Amacam?? Banyak tak di makan?? 113 keping lempeng dalam masa 8 minit itu telah berjaya memecah rekod dunia. Tak tau la pulak berapa keping rekod sebelum ni. Kalau tengok perut si Stonie dari mula sehingga habis video, memang boleh tengok la betapa besarnya perut si Stonie ni jadi. Apa pon tahniah kerana berjaya memenangi pertandingan ini.