PDRM Ucapkan Terima Kasih Kepada ‘Hantu’ Yang Membantu Orang Ramai Patuhi Arahan PKP

Trending

PDRM Ucapkan Terima Kasih Kepada ‘Hantu’ Yang Membantu Orang Ramai Patuhi Arahan PKP

Seorang lelaki di Terengganu, Mohd Urabil Alias menerima kunjungan khas daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas usaha murninya untuk membantu pihak polis memastikan penduduk kampung di situ mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan seluruh negara.

Mohd Urabil Alias tidak menggunakan sebarang kekerasan ataupun kata-kata yang kasar untuk memarahi penduduk yang ada kalanya membuat ‘perangai’ dan degil. Cara halus yang digunakannya ialah bertukar menjadi lembaga yang menakutkan sesiapa sahaja yang melihat iaitu hantu. Dengan berpakaian lengkap serba putih, kelibatnya persis seperti hantu yang ditunjukkan di dalam filem seram Malaysia.

Advertisement

28 Mac lepas, Mohd Urabil Alias berkongsi gambarnya yang telah bertukar identiti sebagai hantu untuk menakutkan golongan muda dan kanak-kanak agar tidak keluar rumah ketika malam hari. Perasaan takut tersebut akan membuatkan semua orang duduk di rumah dan tidak keluar rumah dengan pelbagai alasan yang akan menyusahkan pihak polis.

Kemaman

Pihak polis Kemaman yang melihat perkongsian tular tersebut telah datang berjumpa Mohd Urabil Alias untuk merakamkan penghargaan atas usaha lain daripada yang lain dilakukan olehnya. Cara teguran dan nasihat sudah lali dilakukan dan orang ramai akan memandang perkara tersebut sebagai hal yang remeh.

Terkejut juga Mohd Urabil Alias pada awal kedatangan pihak polis ke rumahnya. Siapa yang tidak gelabah apabila dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori datang bersama kumpulan polis yang berpakaian serba hitam. Hampir sahaja dia menyangka pihak polis mahu menahan dirinya kerana menjadi ‘hantu’ pada waktu dikira sebagai kesalahan ketika tempoh PKP.

Kemaman

Sangkaannya meleset sama sekali. Pihak polis Kemaman membuat kejutan tersebut untuk berjumpa sendiri dengan Mohd Urabil Alias dan berterima kasih kerana memudahkan tugas pihak polis.  Sekali gus, pihak polis tidak risau sekiranya ada individu yang masih keluar rumah tanpa tujuan kerana pastinya akan mengalami mimpi ngeri dikejar hantu.

Pihak polis Kemaman memuat naik status di Facebook dengan mengatakan mereka mempunyai unit khas ketika PKP iaitu ‘bantuan khas unit mistik’ sebagai jenaka yang ingin dikongsi bersama. Walaupun situasi sebegini memerlukan perhatian pihak berkuasa, sense of humour pihak polis membuatkan netizen sedikit terhibur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...