Melalui laporan Harian Metro, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun sebanyak 60 peratus sempena Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Difahamkan, program ini berlangsung selama tiga hari, bermula pada Jumaat ini iaitu 22 November hingga 24 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kami menyediakan 25 kaunter khas untuk pembayaran saman dari jam 9 pagi hingga 6 petang sepanjang program berlangsung.
Info lanjut, kadar diskaun untuk tahun ini lebih banyak berbanding tahun lalu iaitu 50 peratus dan hal ini diberitahu sendiri oleh Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri (KDN), Fairul Nizam Che Rus.
Dalam pada itu, KDN juga mengetengahkan perkhidmatan agensi lain untuk menghebahkan kejayaan mereka sepanjang dua tahun dengan Kerajaan Madani dalam aspek keselamatan awam, pengurusan wang asing dan pintu masuk negara.
Keamanan ini penting untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.