PDRM Sudah Kenal Pasti Anggota Polis Yang Rakam Dan Sebar Video Zamani Slam

Hiburan

PDRM Sudah Kenal Pasti Anggota Polis Yang Rakam Dan Sebar Video Zamani Slam

Berikutan penyebaran video Zamani Slam yang disuruh menyanyikan lagu hits Slam Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari, sebentar tadi pejabat Ketua Polis Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan media memberitahu telah mengenal pasti anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

 photo 10675746_807230829334655_248156547033298316_n.jpg
Mereka juga sedang mengenal pasti anggota-anggota lain yang turut terlibat dalam kes tersebut. Sebelum ini juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya memberitahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat siapakah anggota polis yang terbabit dalam kes tersebut.

Advertisement

Perbuatan tersebut dikatakan menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memang pantas pihak PDRM membuat tindakan. Syabas diucapkan atas keprihatinan anda semua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...