PDRM Siasat Dakwaan Salah Laku Anggota Termasuk Soal Wanita Tak Pakai Coli di SJR

Trending

PDRM Siasat Dakwaan Salah Laku Anggota Termasuk Soal Wanita Tak Pakai Coli di SJR

Terbaru di Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menjalankan siasatan terhadap kes yang dialami dua wanita yang mendakwa diganggu anggota polis yang menjalankan tugas ketika Sekatan Jalan Raya (SJR), termasuk satu gangguan seksual.

Kejadian yang berlaku di Jalan Duta, di sini susulan daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya ditanya oleh anggota polis sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak. Wanita tersebut turut diberi jaminan bahawa saman tidak akan dikeluarkan jika dia menunjukkan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.

Advertisement

Wanita tersebut kemudiannya berkongsi luahan rasa kesalnya di laman sosial sehingga tular. Hasil luahan tersebut, dia telah menerima pelbagai reaksi sebelum bertindak untuk melakukan laporan polis.

Sumber : Facebook

Sumber : Facebook

Manakala kes kedua di Pulau Pinang, wanita ini mendakwa seorang anggota polis menghubunginya menggunakan makluman privasi yang diberi ketika sekatan jalan raya dengan tujuan ingin berkenalan.

Kerana sudah beberapa kali melalui situasi sama, wanita tersebut kemudiannya bertindak untuk berkongsi screenshot di aplikasi Twitter sehingga mendapat tumpuan ramai.

Sumber : Twitter

Sumber : Twitter

Perkongsian yang telah tular ini pastinya menerima respon yang pelbagai dari warga maya. Ada yang berkata wanita itu sengaja membuka aib dan ada juga yang menyokong perbuatan wanita tersebut mendedahkan kejadian yang menimpa dirinya.

Hal ini akhirnya mendapat tindak balas daripada Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, yang memaklumkan pada masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan kedua-dua dakwaan berkenaan. PDRM juga ada membalas kenyataan wanita tersebut di laman Twitter untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

“Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada”

Pada masa sama, Bukit Aman juga sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS.

Zamri turut berkata, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terbabit.

“Kesalahan seperti dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ia boleh mencemarkan imej PDRM”

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa pegawai dan anggota polis yang sedang bertugas perlu bersikap profesional dan tidak membuat sesuatu perkara atau melakukan percakapan yang tidak berkaitan tugas rasmi yang sedang dijalankan”

Menyingkap kejadian itu, kes itu tular apabila kedua-dua wanita itu dikesan memuat naik situasi yang dialami ketika melalui SJR menerusi akuan sosial Twitter dan Instagram milik mereka.

Wanita yang dikenali sebagai Sabiyusof, memaklumkan ditahan selepas tidak membawa lesen memandu ketika melalui SJR di Jalan Duta, di sini, ketika dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas mengambil barang di Wangsa Maju, di sini.

Dia juga turut diminta mengemukakan surat kebenaran untuk pergerakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun menunjukkan kebenaran itu dalam sistem menerusi dalam talian dalam telefon bimbit miliknya sebelum diminta untuk menunjukkan jika dia memakai pakaian dalam atau tidak.

Wanita itu kemudian enggan menuruti permintaan itu dan meminta anggota polis terbabit mengeluarkan saman pada ketika itu.

Pun begitu, kedua-dua kes ini masih dalam siasatan pihak PDRM.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...