PDRM Sahkan Terima Maklumat Segelintir Pegawai, Anggota Polis Disyaki Lindungi Premis Judi

Trending

PDRM Sahkan Terima Maklumat Segelintir Pegawai, Anggota Polis Disyaki Lindungi Premis Judi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan menerima maklumat terhadap segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya kini sedang meneliti maklumat yang diterima termasuklah mengenai premis-premis judi yang berada di sekitar Sungai Buloh.

Advertisement

Antara perkara yang diteliti adalah termasuklah serbuan dan rampasan perjudian yang telah dijalankan serta isu-isu yang berkaitan.

Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis ...

“Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terlibat dalam penyelewengan tugas dan melindungi sindiket berkenaan maka tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka.”

SPRM turut akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang cuba melindungi premis haram, perjudian haram dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh seperti yang tular baru-baru ini.

Sebelum ini, tular satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan di dalam kenyataannya memberitahu, polis telah membuka kertas siasatan serta akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...