PDRM Kumpul Maklumat, Siasat Kaitan Pengemis Jalanan Rohingya Dengan Sindiket Haram

Berita

PDRM Kumpul Maklumat, Siasat Kaitan Pengemis Jalanan Rohingya Dengan Sindiket Haram

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laporan Harian Metro memaklumkan bahawa pihak mereka masih mengumpul maklumat sama ada pengemis jalanan yang melibatkan etnik Rohingya ada berkaitan dengan sebarang sindiket atau sebaliknya.

Perkara tersebut telah dikemukan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain di mana PDRM tidak menolak kemungkinan bahawa ada sindiket haram yang terlibat sebagai ‘dalang’ terhadap etnik tersebut termasuklah menggunakan kanak-kanak untuk mengemis di bandar besar.

Advertisement
Sindiket pengemis RohingyaSumber : Google  

Katanya lagi, kemungkinan wujudnya sindiket tersebut tidak dapat dipastikan sehingga sebarang tangkapan atau siasatan selesai dilakukan.

Razarudin mengulas isu tersebut berhubung kemunculan secara berleluasa etnik Rohingya yang sering dilihat meminta sedekah di jalanan sehingga menganggu orang ramai.

Kita akan arahkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah di seluruh negara untuk pantau kegiatan ini (meminta sedekah).

Datuk Razarudin HusainSumber : Astro Awani  

Tindakan boleh diambil melalui Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Kesalahan Kecil kerana menganggu dan mengemis di jalanan.

Dia juga mengambil maklum mengenai peminta sedekah jalanan banyak melakukan aktiviti tersebut di bandar besar seperti Kuala Lumpu dan Negeri Sembilan terutama di kawasan merbahaya seperti lampu isyarat.

Tegas Razarudin, undang-undang di negara ini bukan sahaja tertakluk kepada warganegara tetapi boleh juga diambil terhadap warga asing yang melakukan kesalahan jenayah.

geng Rohingya ditangkap
2 years ago

Geng Budak Rohingya Dah 'Diangkut' Pihak Berkuasa, Netizen Puas Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...