Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam insiden itu yang menyebabkan penyokong Vietnam cedera di perlawanan separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Individu yang dikenali sebagai ahli Inter Johor Firms ini telah bertindak dengan sedikit kurang cerdik apabila memukul penyokong Vietnam selepas tamat perlawanan antar Malaysia menentang Vietnam di Stadium Shah Alam.
Insiden ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
IJF telah dibubarkan berikutan luahan kecewa Tengku Mahkota Johor kerana kelakuan mereka yang mencemarkan nama Malaysia dan Johor. Ahli IJF juga telah diharam oleh TMJ untuk memasuki stadium rasmi JDT.