PDRM Guna Lagu Untuk Sedarkan Masyarakat Mengenai Kepentingan PKP

Trending

PDRM Guna Lagu Untuk Sedarkan Masyarakat Mengenai Kepentingan PKP

Pelbagai cara telah dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kali ini PDRM tampil dengan pendekatan berbeza melalui klip video pesanan khidmat masyarakat yang dihasilkan oleh Pancaragam PDRM.

Ini mungkin kerana melalui lagu, mesej yang ingin disampaikan akan lebih mudah diterima masyarakat.

Advertisement

Klip video berdurasi 5 minit 30 saat ini digubah liriknya daripada lagu asal ‘Ramadhan Datang’ yang dinyanyikan oleh penyanyi, Tompi dari Indonesia.  Ia bersesuaian dengan operasi PDRM ketika penularan COVID-19 dan seiring bermulanya bulan Ramadhan.

Penulis lirik, SAC Datuk Fadzil Ahmat berkata pendekatan santai dan hiburan bermesej itu adalah sebagai peringatan kepada rakyat bahawa PKP masih dikuatkuasakan walaupun di bulan Ramadan.

Aksi bersahaja dan penuh semangat Sarjan Usop turut mencuri perhatian

Di bulan Ramadan ini orang ramai pastinya sibuk dengan aktiviti perniagaan, membeli belah, beribadat dan berbagai-bagai lagi. Namun mereka perlu sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjaga.

Ini  juga kerjasama dengan RMP TV Channel di mana ia merupakan satu saluran yang akan memaparkan berita-berita berkenaan PDRM terutama berita jenayah.

Selain kreativiti penggubahan liriknya yang penuh dengan mesej positif, video klip ini menarik perhatian pendengar kerana berlatarbelakangkan Bandaraya Kuala Lumpur yang kini lengang sewaktu PKP.

Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi kombo PDRM yang merupakan bekas peserta program realiti, One In A Million, Alif Azfar Ishak dan Mesmoro yang turut disokong oleh dua orang lagi anggota wanita.

Jom tonton dan hayati lagu Ramadhan Datang versi pancaragam PDRM ini.

Rata-rata netizen memberikan komen positif dan penghargaan kepada PDRM kerana menghasilkan video ini.

“Terbaik RMP. Support! Dari kecil teringin jadi anggota PDRM tapi rabun warna. Terpaksa lupakan hasrat. Ayah saya, Ayah mertua saya, kakak saya, abg ipar anggota PDRM.”

“Syabas wira2 PDRM,persembahan yg mantap! Percussion hebat dgn gabungan alat2 muzik kaum lain yg ada di Malaysia. Bagpipe dan seruling amat menarik sekali. Lagu dan lirik begitu indah dan tepat dgn keadaan semasa. Terimakasih kerana menghiburkn kami.”

Semoga kita dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dalam keadaan selamat dan tenang meskipun dunia sedang berhadapan dengan wabak COVID-19.

Kalau video ini pun tak mampu bagi anda faham dan duduk di rumah, tak tahulah cara yang bagaimana lagi harus dilakukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...