PDRM Bantu Beri Maklumat Kepada Polis UK Untuk Penangkapan Huckle

Trending

PDRM Bantu Beri Maklumat Kepada Polis UK  Untuk Penangkapan Huckle

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membantu polis UK dalam penangkapan pedofil Richard Huckle dengan berkongsi maklumat, menurut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.

khalid_abu_bakar_0810_620_398_100

Advertisement

KPN berkata polis UK bagaimanapun tidak meminta PDRM membantu secara langsung dalam penangkapan Huckle yang dilaporkan merogol beberapa orang kanak-kanak Malaysia dalam masa sembilan tahun sehingga ditangkap pada 2014.

Dia berkata begitu kepada Malay Mail Online dalam satu mesej pendek. KPN telah ditanya sama ada polis UK ada meminta bantuan dari PDRM untuk membantu penangkapan Huckle.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penyiasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Komisioner Ong Chin Lan dirujuk Bernama sebagai mengatakan bahawa Bukit Aman telah meminta bantuan Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) yang berpengkalan di London untuk menyerahkan maklumat kes siasatan Huckle.

Ia untuk mengenal pasti identiti mangsa-mangsa Huckle, yang dilaporkan telah mengaku tuduhan mencabul puluhan kanak-kanak Malaysia.

Setakat ini, mangsa-mangsa masih belum dikenal pasti dan NCA hanya memberitahu tentang insiden itu sebulan lepas kepada PDRM, tetapi tiada maklumat lain diberikan kerana kes itu masih dalam perbicaraan.

Kami telah beberapa kali meminta maklumat itu diberi dan akan terus mendesak mereka untuk memberi lebih maklumat bagi manjalankan tindakan susulan. Kami berharap selepas hakim membuat keputusan Jumaat ini, UK akan memberi lebih maklumat.

Media UK semalam melaporkan bahawa Huckle, 30, berdepan dengan puluhan hukuman penjara seumur hidup kerana penderaan seksual bayi dan kanak-kanak yang berumur antara enam bulan dan 12 tahun dari 2006 sehingga 2014.

Huckle dipercayai telah mendera secara seksual sehingga 200 orang kanak-kanak, dan dilaporkan mengaku salah untuk 71 dari 91 pertuduhan membabitkan 23 kanak-kanak perempuan dan lelaki termasuk rogol dan serangan seksual. 22 dari jumlah itu ialah kanak-kanak dari masyarakat Kristian berpendapatan rendah di Kuala Lumpur dan seorang kanak-kanak warga Kemboja.

Penyiar UK Sky News melaporkan bahawa Huckle telah mengajar di sekolah dan gereja di Malaysia dan kadang kala diupah untuk memberi tuisyen secara peribadi di rumah-rumah mangsa.

Gereja yang diberi perkhidmatan oleh Huckle, yang tinggal secara tetap di Malaysia sejak 2011 hingga Disember 2014 apabila ditahan di lapangan terbang Gatwick masih belum dikenal pasti.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...