PBB Merangka Pelan Tempoh Bertenang COVID-19 Di Negara-Negara Berkonflik

COVID-19

PBB Merangka Pelan Tempoh Bertenang COVID-19 Di Negara-Negara Berkonflik

Dalam usaha memerangi wabak COVID-19 di seluruh dunia, Majlis Keselamatan (SC) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) merancang untuk melaksanakan ‘tempoh bertenang’ bagi negara-negara bergolak. Tempoh selama 90 hari ini, akan diberikan terhadap semua konflik kemanusiaan yang sedang berlaku.

Draf awal pelaksanaan tempoh tersebut dihasilkan bersama Perancis dan Tunisia pada minggu lalu. Tujuan utama draf ini dibina untuk meminta tempoh rehat selama tiga bulan bagi menghentikan keganasan di negara-negara yang terlibat. Pelaksanaan tempoh ini juga akan meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Advertisement

bangunan

Pada Isnin minggu hadapan, draf tersebut akan disemak semula, dan akan meminta negara yang terlibat dalam konflik bersenjata untuk menghentikan seketika selama 90 hari. Tempoh ini dikira cukup baik untuk memastikan semua bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan lancar dan selamat.

Walau bagaimanapun, tarikh undian pelaksanaan pelan ini masih belum dapat ditetapkan. Peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih berdepan dengan kritikan hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan belum ada sebarang perincian yang diputuskan.

Setiusaha Agung PBB

Setiusaha Agung PBB, Antonio Guterres

Antonio Guterres, Setiausaha Agung PBB sebelum ini sudah melakukan desakan untuk melakukan gencatan senjata di seluruh dunia. Namun, draf ini hanya meliputi negara di bawah kawalan rapi SC PBB. Negara tersebut ialah Syria, Yaman, Afghanistan, Mali, Republik Afrika Tengah, Libya, Colombia dan Sudan.

Sebelum gesaan dilakukan, keganasan di Yaman, Libya dan Selatan Sudan dilaporkan kian meningkat. Selepas beberapa siri desakan dibuat Guterres, terdapat usaha yang telah dilakukan untuk membendung perkara ini berlaku dengan lebih teruk.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...