PayPal Tutup Operasi Di Malaysia, Mulakan Proses VSS Kepada Pekerja Yang Terjejas

Trending

PayPal Tutup Operasi Di Malaysia, Mulakan Proses VSS Kepada Pekerja Yang Terjejas

Syarikat pembayaran dalam talian terkemuka, PayPal bakal menutup pejabatnya di Malaysia pada akhir tahun ini dan akan memulakan proses skim pemisahan sukarela (VSS).

papyal

Advertisement

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan spekulasi pengumuman mengenai penutupan pejabat Paypal di Malaysia telah dikeluarkan oleh ibu pejabat syarikat itu di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, dengan alasan pertukaran model untuk menjadikan perniagaan mereka menjadi lebih cekap.

Bagaimanapun PayPal memberi jaminan penyusunan semula dalaman syarikat tersebut tidak akan menjejaskan pelanggannya di negara ini, yang mana mereka boleh terus menggunakan produk dan perkhidmatannya seperti biasa.

“Pusat operasi kami di Malaysia telah melakukan tugasan yang hebat kepada pelanggan sejak dibuka pada 2011. Namun, keputusan ini dibuat bagi menyusun pelaburan kami di lokasi yang lebih lengkap bagi menyokong keperluan masa depan pelanggan serta syarikat,” kata kenyataan yang dikeluarkan melalui portal teknologi Amanz.

paypal

Jelas PayPal lagi, keutamaannya ketika ini adalah membantu dan menyokong pekerja mencari pekerjaan baharu melalui pelbagai latihan yang akan meningkatkan kebarangkalian untuk mencari pekerjaan.

Antara unit Paypal yang ditempatkan di Malaysia dan akan terkesan dengan penutupan ini termasuklah bahagian khidmat pelanggan, pengurusan dan teknikal.

Untuk pelanggan Paypal di rantau Asia Pasifik, ia juga dimaklumkan bahawa semua kemusykilan pelanggan akan ditangani oleh pusat khidmat pelanggan yang akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang akan diumumkan kelak.

Sumber Berita: Berita Harian Online

Kredit Foto: The Journal / amanz.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...