Pengacara dan pelawak, Shuib menyatakan dirinya tidak bersikap tamak dengan membolot semua tawaran sebaliknya lebih mengutamakan keseronokan bekerja kerana mahu menghiburkan diri sendiri.
Memetik laporan mStar, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia bersikap ‘demand’ kerana jarang muncul dalam mana-mana program.
Saya tidak rasa ada isu demand. Dalam usia sekarang ini saya lebih mencari keseronokan bekerja untuk hiburkan diri sendiri. Kalau dapat tawaran kerja melibatkan kawan-kawan, memang saya suka.
Shuib juga berkata bahawa dia lebih mementingkan kegembiraan dalam bekerja kerana mahu mengelakkan tekanan serta tidak mengejar bayaran yang tinggi.
Kalau payment besar sekalipun tetapi tidak happy nak buat apa? Boleh sahaja saya terima tawaran kerja tanpa bayaran asalkan tak stress. Sekarang ini kena fikirkan diri sendiri.”
Tambah Shuib, dia juga mengharapkan agar peminat-peminat sentiasa menyokongnya dan menjadi pembakar semangat untuk dia melupakan kesedihan setelah pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah pada Ogos 2021.
Saya mahu kembali mengisi masa yang ada dan mengharapkan sokongan semua apabila kembali dalam industri. Menghiburkan peminat bagaikan sudah menjadi darah daging. Saya mahu rasa happy dan boleh buat saya move on.
Sekadar info, Shuib sebelum ini pernah ‘dicop’ netizen sebagai seorang lelaki yang senang ‘move on’ setelah mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan seorang wanita dikenali sebagai Watie.
BACA: Cepat Betul Move On Akui Berkawan Dengan Watie, Netizen Kata Shuib Mudah Dapat Pengganti