“Payah Juga Jadi Pengkarya Melawan Arus” – Erma Fatima ‘Letih’ Banyak Karya Dihasilkannya Kena ‘Banned’

Hiburan

“Payah Juga Jadi Pengkarya Melawan Arus” – Erma Fatima ‘Letih’ Banyak Karya Dihasilkannya Kena ‘Banned’

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menerusi hantaran di media sosial berkata banyak karya yang dihasilkannya sebelum ini telah disekat daripada tontonan umum.

Menerusi Threads, pengarah berusia 57 tahun itu meluahkan kepayahan untuk berkarya secara jujur kerana hal itu kadang kala membuatkan dia berasa tidak bebas menghasilkan karya.

Advertisement

Erma Fatima

Kakak kepada pelakon Umie Aida itu turut berseloroh dengan mengatakan dia hanya akan menghasilkan karya yang bertema ‘klise’ iaitu tentang penyondol dan cinta terlarang kerana diterima ramai.

Ternyata banyak juga karya aku kena banner sebelum ini ye. Payah juga menjadi pengkarya yang melawan arus.

 

View on Threads

 

Seperti yang ramai tahu, drama dihasilkan Erma sering kali menjadi sebutan dan menerima kritikan hebat kerana berani menyentuh isu-isu sensitif dan yang berlaku dalam masyarakat.

Antara drama yang menjadi bualan dan dikecam ramai adalah Bidaah lakonan Faizal Hussein dan Vanidah Imran serta Keluarga Itu lakonan Rosyam Nor dan Umie Aida serta Puteri Balqis.

Terbaru, drama bertajuk Pondan Itu yang bertemakan kehidupan golongan ‘mak nyah’ dan golongan ‘gay’ turut meraih perhatian ramai.

erma fatima
2025-09-09 14:58:59

"Bukan Galakkan Orang Jadi Pondan.." - Drama 'Pondan Itu', Erma Fatima Tegaskan Ada Mesej Positif Yang Ingin Disampaikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...