Pawagam Pertama Di Negeri Kelantan Bermula Julai Ini

Trending

Pawagam Pertama Di Negeri Kelantan Bermula Julai Ini

KB-mall1

Kelantan bakal memiliki panggung wayang pertama yang akan beroperasi pada Julai ini.

Advertisement

Memetik laporan FMT, panggung berkenaan akan dibuka di pusat beli belah KB Mall di Jalan Hamzah, Kota Bharu.

Panggung yang akan dibuka itu dikatakan akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri namun, dalam perkara tertentu ia belum dapat dipastikan secara spesifik, kata seorang pengurus di pusat beli belah berkenaan.

Sejak 20 tahun lalu, Kelantan tidak mempunyai pawagan selepas negeri itu ditadbir oleh PAS. Semasa zaman kemuncaknya terdapat lima buah pawagam di negeri pantai timur itu.

Walaupun kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan panggung, tetapi soal pengurusan, kos dan syarat kerajaan negeri yang ketat menyebabkan kemudahan hiburan itu tidak wujud di negeri berkenaan.

Kerajaan negeri dilapor menetapkan tiada filem ditayangkan sepanjang Ramadan dan malam Jumaat.

Penonton lelaki dan wanita juga perlu dipisahkan manakala, lampu di sesetengah tempat duduk juga tidak harus dipadamkan.

Dalam perkembangan terbaru, kerajaan Kelantan menafikan mengeluarkan sebarang kelulusan kapada mana-mana pihak bagi mewujudkan pawagam di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, laporan berhubung kewujudan Paragon Cinema di KB Mall Julai ini adalah tidak benar.

“Tidak ada (permohonan) yang dilakukan. Itu hanya viral sahaja. Tidak ada permohonan, tidak ada kelulusan. Jika ada, saya akan beritahu,” katanya lapor Sinar Harian.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...