Buat pertama kalinya di Malaysia, Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square tampil dengan pawagam patuh syariah yang mengasingkan tempat duduk kepada tiga bahagian untuk lelaki, perempuan dan berkeluarga.
Peraturan itu dikenakan terhadap semua pelanggan termasuk pengunjung bukan Islam.
Pihak pengurusan LFS Kuala Terengganu menyatakan ianya dibuat selaras dengan arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan peraturan yang dikuatkuasakan mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.
Langkah ini adalah bagi mendidik masyarakat agar menjaga batas pergaulan dan tatasusila, serta bagi membendung masalah sosial yang sering berlaku.
Pengunjung juga dinasihatkan supaya tidak sesuka hati menukar tempat duduk kerana terdapat CCTV bagi memantau keadaan di dalam pawagam tersebut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.