Perak telah muncul sebagai negeri pertama di Malaysia memperkenalkan alternatif buat penonton menerusi pawagam berkonsepkan drive-in.
Pawagam ini terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh, yang dikenali seagai Casuarina Sini-Drive. Ia dikatakan mampu memuatkan sehingga 70 buah kenderaan dalam setiap satu tayangan.
Casuarina Sini-Drive beroperasi setiap malam Selasa hingga Ahad dan hanya akan ditutup pada setiap Isnin. Tiketnya ditawarkan dengan harga kombo sekitar RM36 sehingga RM42.
Jadi anda bolehlah membawa keluarga dan sahabat handai untuk mencuba pengalaman tontonan baru yang pertama seumpanya di Malaysia ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.