Tontonan filem dalam kereta sudah pun diperkenalkan di Amerika Syarikat sejak tahun 1933 lagi. Namun, disebabkan konsep tontonan di pawagam muncul, tontonan drive-in ini semakin dilupakan.
Walau bagaimanapun, oleh kerana penularan pandemik COVID-19 yang melanda, syarikat M-Junction melihat permintaan untuk tayangan filem seperti ini sesuai untuk diperkenalkan kembali. Jadi mereka bakal membuka pawagam tontonan dalam kereta yang pertama di Malaysia tidak lama lagi.
Walaupun pawagam sudah mula dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai lalu selepas ditutup kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada yang menyatakan kesukaran apabila perlu duduk dalam keadaan penjarakan dan berasingan. Anak kecil juga masih tidak dibenarkan untuk mengunjungi pawagam buat masa ini.
Jadi, pawagam drive-in ini pastinya akan memberikan keselesaan dan ketenangan untuk menonton filem bersama keluarga atau rakan tanpa perlu bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga.
Dikatakan, Thailand yang merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memulakan konsep pawagam drive-in ini, mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai.
Buat masa ini masih tiada pengumuman mengenai filem apa yang akan ditayangkan serta lokasi di mana pawagam drive-in ini ditempatkan. Anda boleh mendaftar terlebih dahulu di laman web rasmi M-Junction.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.