Pasangan Youtuber yang menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini, S. Pavithra dan suaminya M. Sugu menyatakan keengganan mereka untuk menerima penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020.
Ia susulan tular mengenai berlakunya perselisihan faham di antara keluarga selepas pengiktirafan itu.
Pavithra diumum sebagai penerima anugerah ikon berkenaan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini, menyatakan mereka mahu menumpukan kepada video masakan kembali seperti sebelum ini.
Suaminya Sugu didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah berkenaan kerana memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya pada Selasa lepas.
Pavithra turut menegaskan penolakan itu juga bertujuan untuk mengelakkan salah faham atau pertikaian daripada orang ramai terhadap mereka.
Dia turut memberitahu bahawa dia telah memaafkan suaminya itu dan berhasrat untuk meneruskan kehidupan normal bersama keluarga seperti dahulu. Dia tidak lagi berhasrat untuk menjadi tumpuan orang ramai atau terikat dengan mana-mana individu lain.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.