Desas-desus yang mengatakan bekas pengendali kelab gergasi Greece, Olympiakos FC, Paulo Jorge Gomes Bento bakal menggalas tugas sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya hanyalah satu spekulasi.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataanya, persoalan mengenai individu yang akan mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih baharu itu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak FAM.
Menurut Midin, selepas mendapat perkenan dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden FAM, pengumuman itu akan dibuat sebaik sahaja segala proses dokumentasi dan kontrak antara kedua-dua pihak selesai.
Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa Paulo Bento yang pernah menabur bakti bersama skuad kebangsaan Portugal sepanjang tahun 2010-2014 adalah calon pilihan bagi membantu mempersiapkan pasukan negara menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2019. – BERNAMA