‘Paul Dalam Kenangan’ – Ikon & Pengasas Vans Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

Fesyen

‘Paul Dalam Kenangan’ – Ikon & Pengasas Vans Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

Semalam, laman Instagram rasmi, Vans telah mengeluarkan kenyataan mengenai pemergian insan yang sangat banyak berjasa dalam dunia fesyen ini iaitu Paul Van Doren.

Beliau yang dianggap sebagai ikon kepada industri kasut untuk sukan papan luncur, dilaporkan meninggal dunia di usia 90 tahun.

Menyingkap karier permulaan Paul, beliau adalah orang penting yang mula mengasaskan kasut Vans di sebuah kedai di Anaheim, California pada tahun 1996 sebelum berjaya mencipta satu fenomena kepada anak muda yang meminati sukan lasak.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by vans (@vans)

Selain menyumbang banyak keringat dan tenaga, beliau juga adalah seorang inovator sehingga mampu membina syarikat yang utuh hasil eksperimen seumur hidupnya.

Paul berani dalam mengambil langkah yang bijak dan sistematik sehingga jenama tersebut menjadi rata-rata pilihan yang dekat di hati orang muda seluruh dunia.

Paul Van Doren

“Kami kirimkan cinta dan kekuatan kami kepada keluarga Van Doren dan ahli Keluarga Vans yang tidak terkira ramainya, yang telah menghidupkan warisan Paul. Terima kasih atas segalanya, Paul. Anda akan sangat dirindui”

Terdahulu, Paul mula menceburi bidang ini bersama dengan saudaranya James dan rakannya, Gordon C.Lee.

Adat dalam perniagaan, jenama ini pada mulanya telah mencipta pelbagai kejutan namun jatuh muflis pada tahun 1984 sebelum dibeli oleh VF Corporation pada tahun 2004 dalam perjanjian yang bernilai USD$ 396 juta.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang tarakhir, beliau juga sempat mengabdikan pengalaman beliau dengan melancarkan memoir yang bertajuk ‘Authentic’.

Buku ini menjadi saksi perjalanan panjang Paul sendiri dalam bidang industri kasut bermua dengan menjadi service boy pada tahun 1940-an di Randolph Manufacturing Co. kepada pengasas jenama besar Vans hari ini. Hebat kan?

Paul Van Doren dalam kenangan. Terima kasih kerana telah menghasilkan variasi kasut-kasut yang selesa dan cantik. Semoga legasi jenama terkenal ini akan terus diwarisi ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...