“Patutnya Tamat 12 Ogos Ni..” – Berhenti Suria FM, Suraya Borhan Perlu Kerja Demi Menyara Anak-Anak

Hiburan

“Patutnya Tamat 12 Ogos Ni..” – Berhenti Suria FM, Suraya Borhan Perlu Kerja Demi Menyara Anak-Anak

Pelakon dan usahawan, Suraya Borhan, mengakui dirinya perlu tampil kuat dan tabah meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam hidup demi mencari rezeki buat anak-anak yang masih kecil.

Menerusi temubual eksklusif bersama HibGlam, Suraya berkongsi kisah kehidupannya sebagai ibu tunggal yang tidak pernah kenal erti putus asa meskipun terpaksa menggalas tanggungjawab besar seorang diri.

Advertisement

Sebenarnya saya dah tahu dua minggu lepas tetapi semalam dimaklumkan sebagai hari terakhir walaupun hakikatnya kontrak saya sepatutnya tamat 12 Ogos depan. Selepas tolak cuti memang semalam hari terakhir saya bekerja.

Dua minggu memang terkejut (kontrak tamat) tetapi semalam lebih kepada rasa sebak dan sedih pada momen akhir nak tamatkan kerja di Suria FM selepas sembilan tahun.

Suraya yang kini aktif dalam dunia perniagaan selain terus menerima tawaran lakonan, turut berkata sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan banyak membantunya untuk terus bertahan.

Mengulas mengenai keutamaannya sekarang, Suraya berkata fokus utama ialah untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak dari segi pendidikan, penjagaan dan kasih sayang, tanpa mengharapkan sesiapa.

Kalau nampak saya tiba-tiba di tempat lain, saya akan bekerja di situlah, masih ada komitmen yang perlu dilunaskan.

Anak-anak pun masih kecil, jadi komitmen untuk bekerja masih lagi diperlukan. Cuma saya tidak lagi berada di Suria sebagai penyampai radio

Beliau juga sempat menitipkan pesanan buat wanita di luar sana agar terus kuat walau apapun cabaran yang mendatang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Adegan berpeluk Bella Astillah jadi tumpuan ramai.
2025-08-02 13:04:06

Adegan Bella Astillah Berpelukan Dengan Ibu Syed Saddiq Jadi Tumpuan - "Lepas Ni Kita Tengok 'Wedding' Diorang Pula"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...