“Patutnya Tak Boleh Babitkan Nama Saya Dalam Media Sosial” – Ahli Keluarga Ira Kazar Terima Notis Peguam

Hiburan

“Patutnya Tak Boleh Babitkan Nama Saya Dalam Media Sosial” – Ahli Keluarga Ira Kazar Terima Notis Peguam

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendakwa salah seorang ahli keluarga pihak defendan, Ira Kazar telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan dirinya menerusi media sosial.

Susulan itu, peguam Puteri Sarah telah melakukan penelitian dan mendapati individu berkenaan telah melanggar perintah injuksi interim yang diserahkan kepada pihak defendan pada 28 Jun lalu.

Advertisement

Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, peguamnya telah menghantar satu notis komital, yakni penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai lalu kepada individu berkenaan.

Sepatutnya, pihak defendan tak boleh keluarkan kenyataan atau sebut nama saya dalam media sosial. Itu tak sepatutnya berlaku.

Disebabkan itu, Puteri Sarah memaklumkan peguamnya sudah dapat mengesan individu di kalangan ahli keluarga defendan yang membuat kenyataan membabitkan namanya dalam media sosial.

Saya dapat tahu perkara ni lepas diberitahu netizen. Kalau ikutkan, saya tak ambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.

Malah, isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu berkata, dia dimaklumkan oleh netizen dan terus menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk mendapatkan kepastian sama ada melanggar perintah injuksi atau tidak.

Peguam sahkan ia melanggar dan surat peguam dah diserahkan kepada individu berkenaan, semalam.

Info tambahan, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan agar berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan dalam media sosial atau mana-mana platform.

Perintah itu diperoleh dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kazar komen isu anak perempuan
2 years ago

"Saya Sokong Ira Sepenuhnya" - Kazar Anggap Isu 'Penyodol' Hal Kecil, Puteri Sarah Minta Netizen 'Bincangkan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...