Patutnya Sorang Daftar Masuk Ni 9 Orang! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun

Travel

Patutnya Sorang Daftar Masuk Ni 9 Orang! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun

Zaman sekarang ini jika anda nak bercuti amatlah mudah kerana tiket penerbangan boleh di beli dengan harga yang sangat murah dan kos penginapan yang mampu milik untuk semua orang yang ingin melihat negara lain.

Tren di Malaysia untuk melancong ke luar negara semakin popular dan menjadi ikutan ramai dari percutian bajet hingga yang paling mahal banyak dikongsikan oleh beberapa orang di dalam media sosial.

Advertisement

Bagaimanapun tidak semua yang baru melancong ini memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan  di negara orang.

Lebih teruk lagi apabila nama Malaysia dipandang buruk membuatkan ramai warga luar negara menganggap semua rakyat Malaysia minda kelas ketiga semasa melancong di negara mereka.

Baru-baru ini di Jepun, sekumpulan warga Malaysia dihalau oleh tuan rumah Airbnb kerana telah melanggar peraturan yang digariskan.

Kisahnya ketika mengisi borang, hanya seorang sahaja akan tinggal di penginapan tersebut tetapi sembilan orang muncul di lokasi itu membuatkan tuan rumah terkejut lalu menghalau mereka.

Lebih teruk lagi polis turut dipanggil bagi menyuraikan keadaan dan kini mereka tiada tempat tinggal. (Kesudahan ceritanya masih belum diketahui.)

Banyak kesalahan telah dilakukan oleh sekumpulan rakyat Malaysia tersebut seperti membawa lebih orang ke dalam hotel di luar negara. Semasa menempah anda perlu mengikut berapa orang jumlah yang telah ditetapkan.

</
Menurut segelintir netizen, ini bukan kali pertama dilakukan oleh rakyat Malaysia yang tidak beretika. Ada yang telah membuat aduan serta ulasan mengenai perkara ini.

Perangai tipikal begini yang sering kali dipaparkan oleh rakyat Malaysia kononnya bercuti secara bajet, dan siap bagi tip-tips lagi untuk semua orang ikut cara mereka.

Sebagai contoh, melancong ke Jepun hanya dengan RM1,000 untuk 10 hari. Sedangkan perkara sebenar tak didedahkan semasa melancong.

Mentaliti rakyat Malaysia masih tetap tidak berubah walaupun dah melancong ke banyak negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Anonymous

    May 7, 2019 at 6:29 pm

    So typical of malays. Saya kerja travel agency kat Istanbul pun masalah yang sama dengan warga Malaysia. Suka suruh book bilik kecik tp nak sumbat 5 org. Bila saya bgtau x boleh, dia kata ala nanti naik asing2 sorok2, takpe alas selimut tidur atas lantai.

    Eh sakai, otel kat sini especially area sultanahmet memang kecik, jadi diorang nampak sapa yang keluar masuk hotel dia. Ko igt mcm rumah flat ke sapa naik tangga ujung sana x nampak org masuk rumah mana?

    Hotel kat sini kalau naik bilik member melawat pun receptionist akan call tanya, ‘member yg melawat tu nak stay ke nak balik nanti? kalau nak stay kena bayar.’ Sebab tu saya kalau ada client mcm ni, saya ckp awal2 saya xnak subahat sbb nanti hotel bising saya yg malu. And x pernah lagi saya tgk ada yg berjaya masuk tidur curi2 tanpa bayar.

    Patutnya biar masuk lokap semua, sakai sgt org mcm ni.