Zaman sekarang ini jika anda nak bercuti amatlah mudah kerana tiket penerbangan boleh di beli dengan harga yang sangat murah dan kos penginapan yang mampu milik untuk semua orang yang ingin melihat negara lain.
Tren di Malaysia untuk melancong ke luar negara semakin popular dan menjadi ikutan ramai dari percutian bajet hingga yang paling mahal banyak dikongsikan oleh beberapa orang di dalam media sosial.
Bagaimanapun tidak semua yang baru melancong ini memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan di negara orang.
Lebih teruk lagi apabila nama Malaysia dipandang buruk membuatkan ramai warga luar negara menganggap semua rakyat Malaysia minda kelas ketiga semasa melancong di negara mereka.
Baru-baru ini di Jepun, sekumpulan warga Malaysia dihalau oleh tuan rumah Airbnb kerana telah melanggar peraturan yang digariskan.
Kisahnya ketika mengisi borang, hanya seorang sahaja akan tinggal di penginapan tersebut tetapi sembilan orang muncul di lokasi itu membuatkan tuan rumah terkejut lalu menghalau mereka.
Lebih teruk lagi polis turut dipanggil bagi menyuraikan keadaan dan kini mereka tiada tempat tinggal. (Kesudahan ceritanya masih belum diketahui.)
Banyak kesalahan telah dilakukan oleh sekumpulan rakyat Malaysia tersebut seperti membawa lebih orang ke dalam hotel di luar negara. Semasa menempah anda perlu mengikut berapa orang jumlah yang telah ditetapkan.
Perangai tipikal begini yang sering kali dipaparkan oleh rakyat Malaysia kononnya bercuti secara bajet, dan siap bagi tip-tips lagi untuk semua orang ikut cara mereka.
Sebagai contoh, melancong ke Jepun hanya dengan RM1,000 untuk 10 hari. Sedangkan perkara sebenar tak didedahkan semasa melancong.
Mentaliti rakyat Malaysia masih tetap tidak berubah walaupun dah melancong ke banyak negara.