Platform media sosial kembali hangat apabila dakwaan berhubung penganjuran Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) tular di Threads.
Seorang pengguna mendedahkan bahawa pada asalnya pelakon Hisyam Hamid dijadualkan menyampaikan anugerah kategori tertentu — dipercayai yang dimenangi oleh Sophia Albarakbah namun, pihak produksi didakwa menukar perancangan saat akhir dan meletakkan Bella Astillah sebagai penyampai.
“Sepatutnya Hisyam Hamid yang present the stupid award, tapi Melodi tukar saat akhir kepada Bella. Jahat tak jahat Melodi ni,” tulis pengguna tersebut, sambil menggesa orang ramai untuk viralkan isu ini dan mempersoalkan etika produksi TV3.
Lebih mengejutkan, dakwaan itu dikatakan disahkan sendiri oleh Hisyam menerusi satu hantaran yang kini telah dipadam, namun sempat disimpan oleh beberapa pengguna lain.
Netizen menyuarakan rasa simpati terhadap Bella dan mendesak penjelasan daripada pihak Melodi dan TV3.